Thursday, 28 June 2012

Hai Pemuda

Oleh : SayyidQuttub
 lnilah saya. Baru sahaja kembali dari Syria dan Lebanon. Saya membawa salam dan saudara-saudarmu di sana. Dengan itu saya membawa tanggunganjawab yang besar yang telah diberikan oleh seluruh manusia ke pundak saudara-saudara di sini. Orang-orang yang telah mencuba segala macam parti, segala macam politik dan segala macam cara. Akhirnya mereka sampai kepada kesimpulan bahawa cara saudara-saudaralah yang merupakan jalan yang benar. Akhirnya mereka membebani saudara-saudara dengan beban seluruh masa depan. Masa depan tanah air yang sedang berjuang untuk mencapai kemerdekaannya, untuk mencapai kehidupan yang lebih baik, kehidupan yang pantas bagi suatu umat yang telah dikatakan Allah:
“Kamu adalah umat terbaik yang pernah ditampilkan untuk kepentingan manusia.”
Hai pemuda Ikhwan! Orang-orang di segala tempat bertanya-tanya tentang saudara, tentang politik saudara, tentang kecenderungan saudara. Ketahuilah bahawa sekarang ini seluruh pandangan tertumpah kepada saudara-saudara, semua mara tertuju kepada saudara. Semua hal yang kecil baik yang besar yang saudara lakukan diperhatikan orang. Saudara-saudara tidak hanya hidup untuk diri saudara-saudara sahaja, tidak hanya untuk tanah air saudará-saudara sahaja, tanah air yang kecil, iaitu Mesir ini. Sekarang ini saudara-saudara hidup di suatu alam yang terhampar luas sekali, iaitu Dunia Islam.
Hai pemuda Ikhwan, anda adalah tokoh masa depan.
Masa depan adalah milikmu dalam pertempuran yang menentukan yang akan terjadi. Pertarungan pembebasan yang agung yang akan dilakukan oleh tanah air Islam. Pertarungan yang bahagian-bahagiannya sekarang sedang dilakukan di Tunis, di Morokko dan di lain-lain tempat di atas permukaan dunia ini. Perjuangan menentang penjajahan dengan segala bentuk dan manifestasinya baik ia datang dalam bentuk tank waja dan meriam, mahupun dalam bentuk persetujuan dan perjanjian atau dalam bentuk perkumpulan dan kelompok, kepada siapa tunduk aparat-aparat negara, mass media dan radio, sebagaimana anda lihat sendiri sekarang ini.
Tunis dan Marokko sekarang iñi sedang bertempur di ‘pinggir suatu perjuangan yang menentukan yang telah pasti akan terjadi di masa depan. Anda semua tentu tahu bahawa Perancis tidak sendirian dalam melakukan Perjuangan ini, tetapi di belakangnya terdapat seluruh kekuatan kolonialis Barat, termasuk neo-kolonialisme yang tidak tampak jelas mukanya bagi rakyat. Neo-kolomalisme ini menyeludup ke dalam kalangan rakyat dalam bentuk perkumpulan, dalam béntuk kelompok yang dibiayai secara besar­besaran. Ia memamerkan diri secara besar-besaran. Ia tidak peduli kalau ada orang yang bertanya dari mana datangnya jumlah wang yang demikian besarnya.
Hai pemuda Ikhwan! Kewajipanmu dalam perjuangan yang akan datang tidak bertepuk tangan untuk Tunis dan Morokko. Bukan hanya mengutuk Perancis atau menyingkapkan tabir-tabir palsu yang selalu dibuat oleh budak-budak Perancis di Mesir, Lebanon dan di segalá tempat. Tidak! Tidak! Kewajipanmu jauh melampaui lingkungan yang sempit ini. Kamu harus merobek seluruh kulit palsu kolonialisme, tabir organisasi dan perkumpulan yang bekerja untuk kepentingan neo-kolonialisme, yang dibiayai dengan dana yang besar sekali, dan juga yang bekerja tanpa rasa segan dan malu.
Suratkabar dibeli secara kodian di setiap tempat. Maka kewajipan kamu, kamu yang di tiap kota jumlahnya ribuan orang. Kamu yang di setiap desa jumlahnya ratusan orang. Seluruh kamu harus menjadi lidah dakwah dalam menghadapi seluruh penjajahan. Dalam menghadapi seluruh antek­antek penjajah. Kewajipan kamu adalah untuk mengimbangi pekerjaan suratkabar yang sekarang ini dibeli dalam jumlah yang besar sekali. Kewajipan kamu adalah di perguruan tinggi di kalangan pemuda-pemuda yang berpendidikan, kewajipan kamu dalam rapat-rapat, kewajipan kamu di jalan-jalanan, di desa-desa dan kampung-kampung.
Kamulah hai pemuda Ikhwan, hanya kamu sahajalah, yang dapat menjadi selebaran hidup yang pergi ke segala tempat, yang masuk ke segala rumah, yang berada di setiap sekolah. Kamu menyiarkan kesedaran di kalangan rakyat, kamu membukakan komplot-komplot penjajah, dan kamu membukakan konspirasi kejam yang sedang dilakukan di Tunis dan Marokko dan semua bangsa yang ditindas oleh penjajah, dan oleh kaki tangan penjajah.
Hai pemuda Ikhwan! Hai semua pemuda yang mendengarkan kata­kata ini dalam rangka dakwah. Kewajipan yang terdapat di atas pundak masing-masing kamu adalah untuk membacakan kata-kata ini paling kurangnya kepada seluruh orang. Sepuluh orang di setiap tempat. Kita berada dalam situasi yang amat menentukan dengan kaki-tangan penjajah, bukan di Mesir sahaja, tetapi juga di seluruh dunia. Kita harus menghancur penjajahan. Kita harus membukakan topeng kaki-tangan para penjajah.
Hai pemuda Ikhwan! Inilah sebuah seruan secara tergesa yang saya tujukan kepada kamu pada saat saya kembali.
Saya bawa seruan ini kepada kamu bersama dengan salam saudara­saudaramu di segala tempat. Sampai saya bertemu dengan kamu dalam rapat-rapat kamu. Di sana akan kita bicarakan bagaimana kita merencanakan bagaimana kita akan berjuang, bukan hanya untuk Mesir sahaja bukan hanya untuk Tunis dan Morokko sahaja. Tetapi untuk setiap jengkal tanah yang telah dikotori oleh penjajah, di mana kaki-tangan penjajah itu beroperasi.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Saudaramu, Sayid Qutb.
For You

0 comments:

Post a Comment

ila Online - Just For Fun
KampungBlog.com - Kumpulan Blog-Blog Indonesia

Site Search